Setiap calon yang akan mendudukki peperiksaan haruslah bersedia dengan segala peralatan yang akan digunakan sewaktu menjawab soalan peperiksaan.Kad pengenalan,Kalkulator dan segala macam alat tulis haruslah disediakan dengan mencukupi bagi mengelakkan apa-apa permasalahan.Soalan yang biasa di tanya kepada saya oleh pelajar-pelajar saya biasanya "boleh bawa kalkulator tak?" dan "nak jawab soalan guna pensel atau pen?".Untuk pengetahuan semua,segala jenis kalkulator saintifik BOLEH digunakan.waima jenamanya casio ke,sharp ke,dolphin ke atau apa-apa saja jenisnya. Contoh kalkulator yang boleh di programkan dan TIDAK BOLEH di bawa ke bilik peperiksaan adalah kalkulator grafik.Manakala,pengunaan pen atau pensel tidak mendatang sebarang masalah kerana kedua-duanya boleh digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan kecuali kertas 1 kod 1449/1 yang mana jenis instrumen yang diuji adalah soalan objektif. Perancangan yang teliti akan menjamin kelancaran kita menjawab soalan peperiksaan nanti. Yakin pada diri sendiri,percaya bahawa kita mampu melakukannya.Insyallah,Allah akan bersama dengan kita.
No comments:
Post a Comment