Setiap calon yang akan mendudukki peperiksaan haruslah bersedia dengan segala peralatan yang akan digunakan sewaktu menjawab soalan peperiksaan.Kad pengenalan,Kalkulator dan segala macam alat tulis haruslah disediakan dengan mencukupi bagi mengelakkan apa-apa permasalahan.Soalan yang biasa di tanya kepada saya oleh pelajar-pelajar saya biasanya "boleh bawa kalkulator tak?" dan "nak jawab soalan guna pensel atau pen?".Untuk pengetahuan semua,segala jenis kalkulator saintifik BOLEH digunakan.waima jenamanya casio ke,sharp ke,dolphin ke atau apa-apa saja jenisnya. Contoh kalkulator yang boleh di programkan dan TIDAK BOLEH di bawa ke bilik peperiksaan adalah kalkulator grafik.Manakala,pengunaan pen atau pensel tidak mendatang sebarang masalah kerana kedua-duanya boleh digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan kecuali kertas 1 kod 1449/1 yang mana jenis instrumen yang diuji adalah soalan objektif. Perancangan yang teliti akan menjamin kelancaran kita menjawab soalan peperiksaan nanti. Yakin pada diri sendiri,percaya bahawa kita mampu melakukannya.Insyallah,Allah akan bersama dengan kita.
Tuesday, 16 August 2011
Mukadimah
Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Alhamdulillah,akhirnya saya usaha saya untuk menghasilkan sebuah blog yang khusus untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM terutamanya subjek Matematik.Segala apa yang akan saya sampaikan di sini adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian saya mengenai kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukkan oleh pelajar yang boleh menyebabkan mereka melakukan kesilapan yang boleh mengurangkan markah mereka. Segala tip-tips yang saya akan kongsikan sebenar adalah untuk pelajar yang sedang saya bimbing tetapi saya juga mengalu-alukan mereka yang ingin melakukan perubahan daripada yang lemah kepada yang baik dan daripada baik kepada yang lebih cemerlang untuk bersama-sama berkongsi ilmu. Diharap kehadiran blog ini mampu menampung lompang-lompang yang ditinggalkan oleh mana-mana blog yang seumpama dengannya,agar kita dapat memanafaat ilmu yang baik dan yang buruk di jadikan sempadan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
